ASB Financing : ASB Financing 2020

 
“Akak buat ASB Loan ni akak cuma perlu bayar setahun je. Nanti tahun depan dapat dividen, akak bayar je guna dividen. Nanti sampai tempoh matang akak dapat RM100K. Dividen ASB tak pernah jatuh bawah 7%.”
 
Ayat macam ni sangat popular sebelum tahun 2019. Biasa kalau kita pergi bank, staf bank akan panggil kita dan promote ASBLoan. Pong pang pong pang.
 
Tanpa ragu-ragu, kita terus isi borang dengan penuh yakin. Mudah sangat. Sekarang ni agak susah nak dapat customer dengan ayat macam tu. Dengan dividen yang semakin rendah. Rakyat pun dan pandai buat penilaian sendiri. Info boleh dapat dihujung jari.
 
Walaupun dividen dah drop sejak kebelakangan ini, tapi pelabur berilmu masih boleh buat untung dengan cara yang betul.
 
Kalau dulu dividen sekitar 7%, bank profit masa tu pula sekitar 5%. Pelabur untung dengan margin sekitar 2% daripada nilai sijil.
 
Dividen dan bank profit ni akan berubah mengikut keadaan ekonomi semasa. Jadi bila dividen drop sebab ekonomi lembab, bank profit juga akan turun.
 
Bukan ASB Loan je, loan rumah pun sama je.
 
Situasi sekarang, dividen tahun 2019 5.5% dan tahun 2020 lagi teruk 4.25% je akibat Covid-19.
 
Dalam masa yang sama, bank profit sekarang 3.5%. Still ada potensi margin keuntungan. Let say kita letak future dividen lebih kurang 5%, bank profit 3.5% dan margin keuntungan 1.5%. Keuntungan 1.5% itu adalah daripada nilai sijil, bukan daripada modal kita.
 
Jom tengok contoh kira-kira simple;
 
Sijil 200K
▪️Bank Profit 3.5%
▪️Tempoh 40 tahun
▪️Bayaran bulanan RM775
▪️Bayaran tahunan RM9300 (Modal sebenar yang dikeluarkan)
 
Untung setahun:
1.5% x 200,000 = RM3,000
 
Peratus keuntungan sebenar;
3,000/9,300 x 100 = 32.26%.
 
Ok la kan untung 32.26%. Simpan cara biasa dapat 5% je.
[Kalau kadar dividen berbeza, hasilnya juga berbeza.]
 
Faham kan?
 
So benda-benda macam ni, kita sebagai pelabur kena faham dulu sebelum mulakan pelaburan. Bila dah faham barulah kita boleh mulakan langkah.
 
Jangan buat sesuatu ikut-ikut orang je. Setiap orang mempunyai matlamat dan kemampuan yang berbeza.
 
Saya sedar tak semua orang boleh faham dengan cepat. Ada yang perlu penerangan berulang kali baru faham. Ada juga yang tak tau langsung apa itu ASB, akaun ASB pun tak pernah buka.
 
Tapi jangan risau, saya ada sediakan platform untuk orang-orang yang berminat nak belajar cara-cara pelaburan ASB dengan betul.
 
Sharing dibuat melalui group coaching secara PERCUMA menggunakan wasap. Semua orang boleh join, tak ada halangan.
 
Sesiapa yang berniat nak belajar boleh tekan link di bawah. Group ke 45 baru sahaja dibuka.
Terhad kepada 257 orang ahli sahaja. Siapa cepat dia dapat;
 
Credit : FB Zulhanif Abd Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!