ASB Vs Pinjaman/Pembiayaan ASB

ASB Vs Pinjaman/Pembiayaan ASB

Masih ramai yang keliru, jadi kami kongsikan sekali lagi perbezaan antara ASB dan Pinjaman/Pembiayan ASB

— ASB —

>> ASB ialah unit amanah harga tetap yang ditawarkan oleh ASNB.

>> Kelayakan melabur dalam ASB : Bumiputera

>> Pelaburan minimum permulaan : RM10

>> Usia boleh melabur/buka akaun : Seawal usia kelahiran

>> Dokumen diperlukan : Kad Pengenalan / myKid (bawah 18 tahun)

>> Dimana boleh buka akaun? : Cawangan ASNB atau Ejen ASNB seperti Maybank, Pos Malaysia, RHB Bank, CIMB Bank, BSN, Bank Muamalat, AMBANK, Hong Leong Bank, Alliance Bank, Affin Bank

>> Pelaburan tambahan : Cawangan ASNB, Ejen ASNB, Portal myASNB, Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHB Now

>> Pelabur boleh melabur mengikut kemampuan dengan pelaburan tambahan minimum ialah RM1

>> Had Pelaburan Maksimum : RM200,000

>> Pelabur berpeluang menerima pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan. Purata agihan pendapatan ASB sejak 5 tahun lalu ialah 7 sen seunit dan bonus sebanyak 0.55 sen seunit.

>> Selain ASB, unit amanah harga tetap lain yang ditawarkan ASNB ialah ASB 2, ASB 3 Didik, ASM, ASM 2 Wawasan dan ASM 3.

— Pembiayaan/Pinjaman ASB (ASBF) —

>> Kemudahan pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan pihak bank untuk mereka yang layak melabur dalam ASB. Ini bermakna anda meminjam wang dari bank untuk melabur dalam ASB.

>> Pelabur perlu membayar kadar faedah untuk pinjaman ini dan kadar faedah ini mungkin berubah berdasarkan ketetapan bank yang memberi pinjaman

>> Modal Pinjaman tidak boleh dikeluarkan sepanjang tempoh pinjaman. Hanya agihan pendapatan (dividen) dan bonus boleh dikeluarkan

>> Peminjam perlu membayar ansuran bulanan yang sudah ditetapkan jumlahnya kepada pihak bank. Jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diambil.

Nota :
Apabila meminjam untuk melabur, pelabur sebaiknya mengambil pinjaman berdasarkan kemampuan dan membayar ansuran bulanan menggunakan wang sendiri. Pelabur juga perlu sedar bahawa mereka mengambil risiko tambahan kerana ada kemungkinan kadar faedah yang dikenakan berubah berdasarkan ketetapan pihak bank.

 

Credit : Generasi Celik Cerdik ASB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!