ASB Financing : MASIH UNTUNG BUAT ASB FINANCING

 
MASIH UNTUNG BUAT ASB FINANCING WALAU DIVIDEN + BONUS HANYA 4.25%. DAH LAH DAPAT MORATORIUM 6 BULAN HARI TU. TAPI TETAP DAPAT DIVIDEN FULL 12 BULAN.
 
Saya bagitahu awal-awal. Kalau kau teringin nak buat ASB Financing, jangan cari saya. Boleh PM mana-mana konsultan kat ruangan komen atau kau terus ke bank.😊
 
Bagi saya, ASB Financing adalah pelaburan wajib untuk anak muda yang baru nak mengenal dunia pengurusan kewangan.
 
Saya kongsikan 10 sebabnya.
1. Risiko sangat rendah
2. Pulangan stabil
3. Simpanan paksaan
4. Simpanan ekspres
5. Sebagai tabung deposit rumah
6. Sebagai tabung kahwin
7. Latihan komitmen bulanan
8. Sangat fleksibel
9. Kiraan mudah difahami
10. Wujudkan komitmen di CCRIS
 
Kalau kau buat kira-kira ASB Financing dan kau nampak rugi, senang cerita, kau tu yang tak reti kira tapi bajet-bajet pandai. Ha! Awal-awal dah kena kasi ayat sentap.
 
Pertama sekali, kau kena download dan install app Financial Calculators dalam fon android kau. Kalau pakai Apple, cari app EZ Financial Calculators.
 
 
Dalam app tu ada macam-macam jenis kalkulator tau. Tapi kita perlu guna 2 jenis kalkulator je. Gambar kiraan saya ada letak kat atas. Boleh rujuk.
 
>> ASB SIMPANAN BIASA.
 
Katakan kau mampu simpan RM886 sebulan. Jadi, setiap bulan kau pun letak RM886 dalam akaun ASB selama 3 tahun. Ambil purata dividen + bonus 4.25%.
 
Kira guna Compound Interest Calculator.
Monthly Deposit: 885.55
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 4.25
Compounding: Annually
Total Principal: 31,879.80
Maturity Value: 34,014.55
 
Jadi, hasil yang kau dapat termasuk dividen + bonus terkumpul hanyalah RM34,014.55 selepas 3 tahun.
 
>> ASB FINANCING.
 
Kau mampu simpan RM886 sebulan. Jadi, mohon ASBF maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan 35 tahun.
Setiap bulan, kau bayar ansuran RM886 kepada bank. Contoh kadar bank profit adalah 4% dan dividen + bonus purata ASB adalah 4.25%.
 
Jom kira berapa kau dapat pada tahun ke 3.
Kira guna Loan Calculator.
Loan Amount: 200,000
Interest Rate: 4% per year
Loan Term: 35 Years
Monthly Payment: 885.55
Klik button Amortization.
Amortization Schedule: 191,642.69 (Bulan ke-36)
 
Maksudnya pada bulan ke-36, baki ASBF kau adalah RM191,642.69. Maka, prinsipal terkumpul kau pada waktu tu adalah RM200,000 – RM191,642.69= RM8,357.31
 
Lepas kau mohon ASBF hari tu, bank dah letak ASBF RM200,000 dalam akaun ASB kau. Maka, kau akan dapat dividen + bonus berdasarkan amaun RM200,000 tu.
 
Kira guna Compound Interest Calculator.
Principal Amount: 200,000
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 4.25
Compounding: Annually
Interest Amount: RM26,599.10
 
Interest amount tu adalah mewakili dividen + bonus kau yang compounding selama 3 tahun.
 
Nak tengok berapa jumlah besar yang kau dapat, kena tambahkan prinsipal terkumpul dan dividen + bonus compounding ni.
 
RM8,357.31 + RM26,599.10 = RM34,956.41
 
Jadi, hasil yang kau dapat adalah RM34,956.41 setelah 3 tahun!! Banyak tu. Boleh buat duit deposit beli dua buah rumah. Jangan kau buat joli pulak. Buat duit untuk kahwin pun boleh.
 
>> KESIMPULAN
 
1. Simpan dalam bank
RM885.55 x 12 x 3 = RM31,879.80 (Modal)
 
2. Simpanan biasa ASB:
RM34,014.55 – RM31,879.80 = RM2,134.75 (Net Profit)
 
3. ASB Financing:
RM34,956.41 – RM31,879.80 = RM3,076.61 (Net Profit)
 
Dah terang lagi bersuluh, dengan ASBF boleh dapat extra RM3,076.61. Takkan masih nak simpan duit dalam bank biasa kan.
 
Perlu diakui, tak lah sebanyak untung tahun-tahun sebelum ni. Cuma untungnya kurang dan tak rugi pun. Yang kata rugi tu mesti sebab tak faham kiraan atau tersilap strategi.
Benda ni ikut kemampuan kau sendiri. Kalau mampu simpan RM443 sebulan, kau buatlah kiraan untuk ASBF RM100,000 pula. Kena bagitau juga pasal ni, risau kot-kot ada yang tak tahu.
 
>> POTENSI
 
Ini kiraan kalau dividen + bonus 4.25% tak termasuk bonus EHSAN. In case lebih tinggi dapatlah lagi tinggi total untung kau. Kalau turun, turunlah. Senang faham, kan. Belum campur bonus EHSAN lagi tu.
 
Lagipun, kadar keuntungan bank pun makin rendah sekarang ni. Rate 3.55% pun boleh dapat tau. Kiraan saya kat atas tu based on 4% pun dah lebih untungnya.
 
Malah, tenure ASBF pun makin panjang, up to 40 tahun tau. Sebab tu ASBF masih boleh dapat untung, ansuran bulanan makin murah. Kena faham begitu.
 
Untuk yang dah ada ASBF sejak tahun-tahun lepas, untung. Dahlah dapat moratorium 6 bulan hari tu kan. Jadi, modal yang kau keluarkan tu pun 6 bulan saja, tapi dividen dapat full 12 bulan. Best!
 
Boleh follow saya untuk baca more info tentang kewangan dan pelaburan. – HF
 
Disclaimer:
1. Andaian kadar keuntungan bank adalah 4%.
2. Andaian purata dividen + bonus 3 tahun adalah 4.25%.
3. Ini adalah tulisan peribadi, tidak mewakili mana-mana pihak lain.
 
Credit : FB Harith Faisal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!