Pendapatan Tambahan 2021

 
Waktu pandemik begini, kita tidak boleh bergantung pada hanya satu sumber pendapatan sahaja.
 
Kita harus cipta dan kuasai beberapa sumber pendapatan. Jika hilang atau kurang satu sumber, masih ada sumber lain yang bantu.
 
Saya kongsikan Jenis Jenis Pendapatan yang kita ada.
 
1. Pendapatan Pengajian
Ini gaji yang kita terima, jaga baik baik agar keberkatan itu ada. Setiap hujung bulan dapat gaji.
 
2. Pendapatan Sampingan.
Kerja hujung minggu, lepas waktu kerja bawak Grab, Foodpanda, tudung online, jual mekup ada merkuri. Kita buat masa lapang sahaja.
 
3. Pendapatan Pasif
Kerja sekali sahaja susah, kutip hasil banyak kali. Penulis buku dan pencipta lagu makan royalti diterima. Pemilik rumah sewa kutip sewa tiap bulan dengan beli rumah sekali sahaja. Ejen takaful, Unit Amanah kekal dapat pendapatan selagi ada pelanggan melanggan.
 
4. Pendapatan Pelaburan.
Duit yang ada laburkan di Saham, Unit Amanah, ASB, AHB, REIT bagi beranak pinak lebih banyak. Setahun sekali kita kutip dividen.
 
Usahakan jana empat sumber pendapatan ini menjelang tahun 2021 nanti kawan.
 
 
Kawan kawan yang baik,
 
Apa skala sihat untuk pendapatan sampingan ini?
 
Jika gaji kita RM2000 sebulan, sebaiknya kita ada RM1000 pendapatan sampingan.
 
Jika gaji kita RM4000, kita bagus jika ada RM2000 sebulan.
 
Setahun kita telah ada separuh pendapatan tambahan dari gaji kita.
 
“Susah la nak buat apa sekarang bang?”
Waktu susahlah ada banyak peluang dicipta. Ada orang lihat ia masalah, ada orang lihat ia peluang yang baik.
 
Bagaimana nak belajar cipta gaji kedua ini?
 
Bina satu satu tabung pendapatan kita, sampai berjaya kawan.
 
Credit : FB Azizul Azli Ahmad.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!