ASB Financing : SUSAH KE NAK BELI RUMAH KALAU ADA LOAN ASB?

SUSAH KE NAK BELI RUMAH KALAU ADA LOAN ASB?
 
▪️Ada orang cakap loan ASB (ASBF) kacau kiraan Debt Service Ratio (DSR) untuk buat loan lain, termasuk loan rumah. Betul, semua loan termasuk loan ASB masuk dalam kiraan DSR dan akan mengurangkan kelayakan pinjaman seseorang. Tapi kena ingat, bukan loan ASB saja, sebenarnya personal loan, loan kereta, aeon dan lain-lain loan jugak masuk dalam kiraan DSR.
 
▪️Loan ASB bukanlah hutang jahat seperti personal loan. Dividen ASB boleh diambil kira sebagai additional income, tapi tak semua bank ambil 100% dividen asb sebagai income. Ada yang ambil 80%, ada yang ambil 50% dan ada juga yang tak kira. Tapi pastikan ada penyata dividen untuk buktikan income.
 
▪️Kalau kita dah buat ASB loan, kemudian ASB loan kacau kelayakan loan rumah, easy saja. Boleh terminate. Kalau lepas terminate loan ASB pun masih tak layak. Itu memang ada masalah hutang lain atau income memang tak layak untuk memohon rumah yang berkenaan.
 
▪️Yang jadi masalahnya bila dah buat personal loan atau beli kereta yang mahal melebihan kemampuan, kemudian nak apply loan rumah tak lepas. Kes macam ni yang susah. Kalau nak clearkan personal loan, kita kena setelkan full payment. Ada ke duit nak setelkan semua baki loan?
 
▪️Ada option lain, orang suka buat overlap terutamanya kakitangan kerajaan. Buat loan baru untuk tutup loan lama, supaya komitmen loan baru lebih rendah berbanding komitmen lama. Memang kat sini akan memberikan sedikit effect pengurangan komitmen pada kiraan DSR, tapi makin bertambah la hutang dan makin lambat habis bayar. Ibarat gali lubang tutup lubang.
 
▪️Sebelum beli rumah, saya memang galakkan orang buat ASB loan.
Kenapa?
Sebab ASB loan ni boleh membantu untuk kumpul deposit rumah dan disiplinkan diri kita untuk membayar komitmen rumah.
 
1. Kumpul deposit rumah
 
– Katakan harga rumah yang hendak dibeli RM250K. Deposit 10% + 5% lain-lain kos bermaksud kita kena sediakan 15% x 250K = RM37,500. Kalau dah ada cash banyak tu, silakan terus beli rumah. Kalau takda, buat la ASBF dulu.
 
– Apply sijil 200K, bulanan bayar sekitar RM972. So simpanlah RM972 setiap bulan secara konsisten. Kalau berpasangan suami isteri, setiap orang boleh simpan RM486 je sebulan. Mesti boleh kan?
 
– Selepas 3 tahun (Andaian dividen 6% dan bank profit 4.7%);
Anggaran dividen = RM38,200
Anggaran prinsipal = RM7,000
Anggaran Total simpanan = RM45,200✓
 
– So selepas 3 tahun dah ada simpanan RM45K. RM37K guna untuk deposit rumah dan kos sampingan. Balance tu boleh beli keperluan rumah.
 
2. Disiplinkan diri
 
– Kalau harga rumah 250K, bayaran bulanan sekitar RM1200++ sebulan. Jadi sebelum beli rumah, jadikan ASBF ni sebagai tempat untuk kita latih diri bagi menghadap komitmen yang bakal ditanggung berpuluh tahun selepas berjaya membeli rumah.
 
– Kalau kita buat simpanan biasa, kita mungkin culas untuk menyimpan sebab tiada paksaan seperti membayar hutang. Jadi simpanan secara paksa melalui ASBF memang sangat membantu untuk kita melatih diri dan mengawal perbelanjaan bulanan sebelum membeli rumah. Kalau ASBF pun tak boleh nk bayar, maknanya kita belum bersedia untuk membayar loan rumah.
 
▪️Memohon Pembiayaan Perumahan
– Selepas berjaya mengumpul deposit dan melatih diri menghadap komitmen bulanan, kini tiba masanya untuk memohon pembiayaan rumah.
 
Kat sini ada 2 option:
 
Option 1:
– Jika kelayakan pembiayaan rumah masih layak tanpa perlu terminate ASBF, korang boleh teruskan layan ASBF kalau masih mampu menyimpan. Takkan lah lepas beli rumah dah taknak simpan duit kan?
 
Option 2:
– Jika ASBF menggangu kelayakan pembiayaan rumah, korang terminate je. Setel. Lepas tu apply lah loan rumah.
 
▪️Special Case
– Ada juga sesetengah kes yang saya jumpa. Komitmen takda, tapi disebabkan income yang rendah, dah banyak kali cuba untuk apply loan rumah tapi tak lepas-lepas. Untuk kes macam ni, korang cubalah buat side income yang ada penyata gaji & bank statement yang valid untuk bank kira sebagai income.
Sambil-sambil tu, korang boleh layankan ASBF dulu, kembangkan duit simpanan.
 
 
Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.
 
 
Credit : FB Teknik Genius ASB Financing / ASB Loan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!