ASB Financing : “ASBF ni kena CCRIS ke?”

“ASBF ni kena CCRIS ke?”

“Ya. Baguslah tu.”

“Kenapa pulak?”

Ramai orang yang salah faham. Mereka ingat CCRIS tu satu tanda aras buruk bagi kesihatan kewangan mereka. Belum tentu. Ia cuma sebuah buku rekod.

Mungkin ia menunjukkan anda seorang pembayar yang baik atau mungkin sebaliknya.

Dalam CCRIS, kalau rekod ‘bersih’ sangat pon tak bagus, kalau rekod ‘teruk’ lagi lah tak bagus. Kalau CCRIS korang dalam keadaan camni, bank agak liat nak luluskan permohonan loan korang.

Jadi, apa cara untuk untuk elakkan rekod yang terlalu ‘bersih’ ni?

>>>>> Buat ASB Financing.

Ada serendah sijil RM10k sehingga RM200k. Bayaran bulanan dari RM50 sehingga RM1,009. Boleh guna teknik compounding atau rolling ikut game plan korang. Cukup tahun, tuai dividen. Dan dividen tersebut boleh dikira sebagai income.

Cara camni adalah cara yang paling popular. Sebab cara ni cara yang paling low risk berbanding dengan cara lain. Ada untung lagi.

Bank sebenarnya paling suka nak luluskan permohonan loan orang yang buat ASB Financing ni. Sebab bank akan consider korang nak buat simpanan/investment.

Dari bank bagi orang yang berhutang, baik bank layan orang yang buat simpanan, betul tak? 

 

>>>>> DAPAT RM51K SELEPAS 3 TAHUN DENGAN ASB FINANCING.

Kau buat RM100K ASBF, bulanan RM505. Lepas 3 tahun, kau akan dapat total tunai RM25.9K. Padahal modal kau hanya RM18.1K. Dah dapat untung bersih RM7.8K.

Kau buat RM150k ASBF, bulanan RM758. Lepas 3 tahun, kau akan dapat total tunai RM38.8K. Padahal modal kau hanya RM27.2K. Dah dapat untung bersih RM11.6K.

Kau buat RM200K ASBF, bulanan RM1,010. Lepas 3 tahun, kau akan dapat total tunai RM51.8K. Padahal modal kau hanya RM36.3K. Dah dapat untung bersih RM15.5K.

10 SEBAB ASB FINANCING PELABURAN ADALAH WAJIB UNTUK ANAK MUDA.

1. Risiko sangat rendah
2. Pulangan tinggi
3. Simpanan paksaan
4. Simpanan ekspres
5. Sebagai tabung deposit rumah
6. Sebagai tabung kahwin
7. Latihan komitmen bulanan
8. Sangat fleksibel
9. Kiraan mudah difahami
10. Wujudkan komitmen di CCRIS

Nota: Kiraan berdasarkan purata kadar keuntungan bank 5%, purata dividen tahunan 7% dan tulisan ini adalah berdasarkan kiraan penulis sendiri. Tiada kena mengena dengan mana-mana institusi kewangan.

 

Credit : Telegram Kewangan Mantop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!