Peluang Pelaburan selain ASB dan Tabung Haji

Di Malaysia terdapat pelbagai instrumen pelaburan seperti Tabung Haji, ASB, Unit Trust, Pelaburan Saham di Bursa Malaysia, Initial Public Offering (IPO), Future Crude Palm Oil (FCPO), Sukuk dan lain-lain.
 
Bagi yang berminat melabur di Bursa Malaysia memerlukan akaun CDS.
 
Akaun CDS boleh dibuka dengan broker dan remisier akan membantu anda dalam aktiviti jual beli saham.
 
Kaedah pelaburan masa sekarang memang sangat mudah, kerana syarikat broker telah menyediakan platform untuk kita jual beli saham, platform ini terdapat versi Website dan App.
 
Walaupun melabur sangat mudah dengan hanya boleh dilakukan secara online, harus diingatkan untuk urusniaga jual beli saham tidak semudah disangka, kerana pelaburan saham mempunyai risiko yang tinggi, dan memerlukan komitmen dari segi ilmu pelaburan technical analysis(TA) dan juga fundamental analysis(FA).
 
Kajian kepada syarikat harus dilakukan sebelum membuat pelaburan, kerana urusniaga jual beli saham adalah pemilikan perniagaan. Selaku pemilik perniagaan, kita dapat hadir mesyuarat agung tahunan(AGM) untuk mengundi, memilih pengarah syarikat dan layak memperoleh dividen.
 
Bagi yang masih baru berjinak-jinak dalam pelaburan, boleh melabur pada instrumen pelaburan kurang risiko, seperti Tabung, ASB, Unit Trust atau Wahed Invest.
 
Wahed Invest melabur;
>>> Malaysia Stock-MyETF MSI Malaysia Islamic Dividend
>>> US Stock-Wahed FTSE USA Shariah ETF
>>> Sukuk-RHB Islamic Bond Fund
>>> Gold
” Wahed Invest (Patuh Syariah) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) “
 
Selain ASB dan Tabung Haji, kita juga boleh melabur :
 
1.Fixed deposit (simpanan Tetap), Kadar Pulangan 2%-4.5%
 
2.Stock Market (Pasaran Saham) di Bursa Malaysia, kadar pulangan yang tinggi atau kerugian yang tinggi. Memerlukan ilmu pelaburan FA&TA dan urusan jual beli saham diurus sendiri. Di antara syarikat yang patuh syariah seperti Nestle, Air Asia, Hartalega, Takaful Malaysia, Tenaga Nasional dan banyak lagi.
 
 
3.Unit Trust (Unit Amanah) pelaburan ini akan diurus oleh pengurus dana untuk melabur ke dalam syarikat yang ada potensi dan bagus. Di antara Fund Management Institution (FMI) seperti Amanah Saham Nasional, Kenanga Investor, Public Mutual, PMB Investment dan banyak lagi.
 
4. Robo-Advisor (Pelaburan menggunakan teknologi) Wahed Invest, Raiz, Best Invest dll.
 
Robo-advisor adalah platform digital menggunakan algoritma untuk menentukan saham/aset untuk dilaburkan berdasar toleransi risiko kita pilih. Segala proses seperti harga untuk jual beli sudah diprogramkan oleh pakar IT setiap firma pelaburan. Dana dilabur pada exchange-traded fund, yang mana saham-saham terpilih, sukuk, Emas dan pelaburan lain
 
Malaysia Stock-MyETF MSI Malaysia Islamic Dividend
US Stock-Wahed FTSE USA Shariah ETF
Sukuk-RHB Islamic Bond Fund
” Wahed Invest (Patuh Syariah) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) “
 
Diingatkan!!!, Prestasi hari ini tidak menjamin keuntungan pada masa hadapan, tetapi pelaburan Wahed ada potensi pulangan keuntungan ROI lebih baik bergantung kepada pasaran semasa, setiap pelaburan mesti ada untung atau rugi & risiko.
 
Tulisan ini hanya pendapat peribadi penulis.
 
Credit : FB EZ Melabur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!