ASB Financing : Pulangan ASB tahun ini paling rendah, apa nak buat?

Ada 2 soalan popular yang sedang berlegar berikutan pulangan ASB paling rendah dalam sejarah.
 
 
Soalan pertama:
“Afyan, pulangan ASB tahun ini paling rendah, apa nak buat?”
 
 
Soalan kedua:
“Saya buat ASB Financing Maksima RM200,000 tahun lepas. Pulangan ASB tak cukup nak cover installment. Apa nak buat?
 
 
Al-Jawab;
Kalau tanya ejen ABCTakaful, “Masuk takaful 3 Dalam 1 la. Ada perlindungan, ada medical card, ada simpanan”
 
 
Kalau tanya ejen unit trust ZZZ Asset Management, “Masuk unit trust la. Boleh bagi return 15% ke 20% setiap tahun, patuh syariah lagi.”
 
 
Kalau tanya ejen XXX Gold, “Beli emas, harga emas meningkat setiap tahun”.
 
 
Kalau tanya geng scam, “Masuk ABRA la, boleh dapat duit bulan-bulan”.
 
 
Kalau tanya ejen XXX Bank, “Batal loan lama, buat baru. Sekarang ada promosi 4.5%. Lagi untung maaaaa…. “.
 
 
Kalau tanya ejen syarikat MLM XYZ, “Join pelaburan kami RN100 – RM200 sebulan, ROI RM200K setahun”.
 
 
Kalau tanya ejen Telco ABCD pula, “Meh buat duit dengan handphone”.
 
 
Kalau broker saham pula, “Boleh buka akaun CDS kemudian trade saham”.
 
 
Kalau tanya Norsham; “Beli tanah kemudian pecah lot supaya duit tidak diganggu oleh lembaga”.
 
 
Nota; Jangan tanya si tukang gunting sama ada kita perlu gunting rambut atau tak.
 
 
Kalau tanya saya?
Maintain sahaja di ASB. Bukan tempat duit itu yang kita kena ubah, tapi mindset kita.
 
 
Hartanah, saham, unit trust, takaful, ASB financing – semua ini adalah alat, instrumen dan produk dalam kewangan.
 
 
Ia tidak memberi sebarang jaminan terhadap pelanggan atau penggunanya.
 
 
Ada orang boleh untung besar dengan hartanah. Ada orang rugi besar disebabkan hartanah.
 
 
Ada orang dapat wang besar selepas melabur dalam saham. Ada orang jatuh bankrap sebab silap melabur dalam saham.
 
 
Ada juga orang yang boleh dapat untung dengan unit trust. Ada orang yang tak pernah untung dalam pelaburan unit trust.
 
 
Dan ketahuilah bahawasanya, dalam mana-mana pelaburan, orang yang untung adalah golongan minoriti.
 
 
Majoriti hanya balik modal atau lebih teruk, rugi.
 
 
Apa yang membezakan antara mereka yang rugi dan mereka yang untung dan mereka yang untung besar?
 
 
ILMU!
 
 
 
 
Ya, ilmu.
 
 
Itulah yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran (konteks berbeza daripada tulisan ini);
 
 
“Adakah sama orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu?”.
Ia juga disebut oleh Saidina Ali:
 
 
“Andai engkau ingin mencari dunia, carilah dengan ilmu. Andai ingin mencari akhirat, carilah dengan ilmu.
 
 
Andai ingin kedua-duanya, carilah juga dengan ilmu”.
 
 
Ilmu inilah yang akan menentukan MINDSET. Dengan ilmu jugalah yang akan mengubah mindset kita.
 
 
Dalam banyak situasi, saya berani katakan, sebenarnya kekal wang anda di ASB (atau Tabung Haji) adalah lebih baik berbanding kita keluarkan ke mana-mana instrumen lain, tanpa persediaan ilmu.
 
 
Majoriti rakyat Malaysia, masih rendah literasi kewangan.
 
 
Buktinya boleh lihat statistik jumlah simpanan rakyat Malaysia, jumlah KWSP rakyat Malaysia, kadar muflis di kalangan orang muda Malaysia dan sebagainya.
 
 
75% rakyat Malaysia tak ada simpanan, hatta RM1,000 jika berlaku kecemasan.
 
 
60% pencarum KWSP habiskan wang tabungan KWSP dalam masa 3 tahun selepas pencen.
 
 
60% orang yang diisytiharkan muflis adalah dari golongan muda.
 
 
80% yang keluarkan duit KWSP untuk pelaburan, dapat pulangan sama atau lebih rendah dari pulangan KWSP.
 
 
Itu hanya sebahagian statistik tentang literasi kewangan rakyat Malaysia.
 
 
Tak masuk lagi statistik rakyat Malaysia kena sontot.
 
 
Kita tak mampu pun nak ubah pulangan ASB supaya jadi 10‰ ke atas macam dulu-dulu. Ubah kerajaan pun kita dah buat, tapi nampaknya macam lompat dari mulut Hela , masuk ke mulut Thanos. Takkan nak tukar Thanos balik yang sedang berpakat dengan Loki?
 
 
Nak tak nak, kena tambah ilmu. Ia perkara yang kita boleh kawal.
 
 
————————————————–
 
 
Unit trust bagus.
Takaful bagus.
PRS bagus.
ASB Loan bagus.
Emas bagus.
Hartanah bagus.
Saham bagus.
 
 
Yg tak bagus ialah jenis ejen yang suka sembang sampai gajah pun boleh terbang.
 
 
“Ambil medical card 3 dalam 1; ada takaful, ada medical card, ada saving dan ada investment.
 
 
– Lepas 5 tahun promote hibah takaful sebab medical card naik harga saving entah ke mana.
 
 
“Cepat beli emas, harga tengah naik. Emas takkan turun harga”
 
 
– Alih, alih, lepas beli terus turun harga.
 
 
“Keluarkan duit KWSP masuk unit trust. Untung 15% ke 20%”.
 
 
– Tengok track record tak sampai pun 10%
 
 
“Polisi takaful ini ada simpanan dan pelaburan 20% setahun”.
 
 
– Celah mana pula takaful boleh jadi produk pelaburan?
 
 
“Jangan ambil medical card stand alone. Nanti harga naik! Patut ambi medical card investment link. Harga tak naik”.
 
 
– Tak sampai 3 tahun dah naik harga.
 
 
“Buat ASB loan. Return boleh bagi 40% annualize return”.
 
 
– Bila kira balik, tak sampai pun 10% annualize return.
 
 
Produk tak ada masalah. Semua produk ada kelebihan dan kegunaan masing-masing.
 
 
Yang jadi masalah ialah promote produk sampai misleading.
 
 
Belajar ilmu kewangan. Boleh dapatkan #bukuBMW yang mengandungi modul kewangan secara tersusun:.
 
 
1. Aliran tunai
2. Pengurusan aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan
 
 
Sebagai pengguna, kita patut tahu fungsi dan peranan setiap produk kewangan.
 
 
Ia saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain.
 
 
 
 
Credit : FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!