Asb Financing : Siapa Yang Patut Buat ASB Financing ?

Siapa Yang Patut Buat ASB Financing ?
====================

Wang bukanlah segala-galanya tapi segala benda di dunia ini memerlukan wang.
Wang tak boleh beli kebahagiaan, tapi kebahagiaan boleh hilang jika tiada wang. Nak taknak, rakyat marhaen seperti kita wajib menyimpan wang untuk pelbagai kegunaan dan matlamat.
Salah satu cara menyimpan yang efektif adalah menggunakan ASB Financing. Golongan yang sesuai menyimpan menggunakan platform ASB Financing adalah :

*1️⃣ Anak muda yang baru bekerja*

Golongan pertama adalah golongan anak muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan.
Bagi golongan ini, mereka masih ‘mentah’ dalam bidang pelaburan.
Pelaburan yang paling selamat, berisiko rendah dan memberikan pulangan yang agak tinggi adalah ASB Financing.
Saving ASB cara biasa juga selamat dan hampir tiada risiko, tetapi pulangannya agak sedikit berbanding ASB Financing.

Dengan ASB Financing, golongan muda boleh kumpul duit dengan banyak dan cepat untuk memenuhi matlamat jangka masa pendek dan sederhana seperti berkahwin, deposit rumah, deposit kereta, selesaikan hutang PTPTN dan lain-lain.

*2️⃣ Nak kumpul duit kahwin*

Golongan kedua adalah individu yang berhajat untuk berkahwin.
Jika ingin mengumpul dana RM20K, simpanan RM400 setiap bulan memerlukan 50 bulan untuk mencukupkan jumlah tersebut.
Tapi menggunakan platform pelaburan ASB Financing, tempoh tersebut dapat disingkatkan kepada sekitar 42 bulan sahaja.

*3️⃣ Nak kumpul deposit rumah*

Sama seperti kahwin, mengumpul deposit rumah juga lebih cepat jika menggunakan platform pelaburan ASB Financing. Semakin cepat beli rumah lagi bagus sebab harga rumah kebiasaanya akan meningkat setiap tahun.

Lambat kumpul deposit, lagi mahal harga rumah. Bila harga rumah mahal, deposit pun lagi mahal.
Kalau tak start kumpul awal-awal, sampai bila-bila pun tak cukup.

*4️⃣ Nak beli kereta tanpa bayar installment bulanan (cash or pairing)*

i- Ada yang berminat untuk beli kereta secara cash.
Golongan ini sesuai untuk kumpul duit melalui platform pelaburan ASB Financing. Kereta yang sesuai adalah kereta 2nd hand yang mana harga lebih murah dan berpatutan untuk dibayar secara tunai. Dengan ASB Financing, mungkin mengambil masa 1 hingga 2 tahun untuk mengumpul dana bergantung kepada harga kereta dan kemampuan simpanan bulanan.

ii- Ada satu lagi golongan yang ingin membeli kereta baru tetapi tak mahu bayar installment bulanan.
Mereka menggunakan konsep pairing kereta dan ASB Financing.

Caranya;

– Tahun pertama apply ASB Financing dahulu yang bersesuaian dengan jumlah installment kereta idaman.

– Tahun kedua beli kereta. Gunakan dividen ASB tahun pertama untuk bayar installment kereta setahun. Komitmen yang perlu ditanggung setiap bulan hanyalah ASB Financing.

– Ulang langkah kedua sehingga habis bayar kereta.

– Selepas 10 tahun, kereta habis bayar. Ketika ini cash value ASB Financing dah ada banyak.
Kalau pairing dengan ASB Financing 100K, cash value dah ada lebih kurang RM20K.

Jadi, habis bayar kereta, dapat pulak cash RM20K.

*5️⃣ Dana pendidikan anak*

Dana pendidikan anak boleh dikumpul menggunakan konsep Compounding atau Rolling.
Jika Teknik Compounding, lagi banyak hasilnya. Jika Teknik Rolling, hasil tak sebanyak Teknik Compounding tetapi kelebihan Teknik Rolling ni adalah modal cuma setahun saja dan peratus keuntungan lebih tinggi berbanding Teknik Compounding.
Paling baik buatlah Teknik Hybrid iaitu gabungan Teknik Rolling dan Teknik Compounding.

*6️⃣ Dana Persaraan*

Konsep simpanan persaraan juga lebih kurang sama seperti dana pendidikan anak. Sebagai contoh, jika ada cash RM10,000, apply ASBF200K dan gunakan RM9372 untuk bayaran tahun pertama.
Kemudian rolling dividen selama 30 tahun. Selepas 30 tahun, jangkaan hasil sekitar RM104,440 jika dividen ASB kekal pada kadar 4.25%.
Jika RM10,000 dibiarkan dalam saving ASB cara biasa, hasilnya cuma sekitar RM34,856.

*7️⃣ Ada cash dalam ASB/TH*

Jika anda ada simpanan cash dalam ASB/TH, anda boleh kembangkan simpanan anda berkali-kali ganda menggunakan medium ASB Financing.

 
Contoh :
Jika ada RM10,000 dalam akaun ASB dan dibiarkan selama 5 tahun, hasil simpanan lebih kurang RM12,313.
Jika buat ASB Financing, modal setahun RM9,372 dan hasil simpanan selepas 5 tahun adalah lebih kurang RM17,409.

Untung Saving ASB = RM2,313
Untung ASB Financing = RM8,037

Untung platform pelaburan ASB Financing lebih 3 kali ganda lagi banyak daripada simpanan cara biasa ASB.

*8⃣ Tak berdisiplin*

Bagi yang tak berdisiplin, platform pelaburan ASB Financing akan bantu memaksa anda menyimpan setiap bulan. Kalau tak mampu simpan banyak, simpan sedikit pun OK. Asalkan ada simpanan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

*9⃣ Dah lama kerja tapi tak ada simpanan*

Mungkin terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kita gagal buat simpanan walaupun dah lama bekerja.
Namun masih belum terlambat untuk mulakan pelaburan.
Jadikan platform pelaburan ASB Financing sebagai komitmen bulanan mengikut kemampuan masing-masing.
Buat arahan autodebit potongan bulanan ASBF.

* 10 : Nak bercuti setiap tahun*

Ada jugak kaki travel yang pergi travel setiap tahun.
Kumpul duit kemudian guna pergi travel. Cara ni agak rugi sebenarnya sebab duit tu akan habis macam tu saja.
Lagi bagus kalau kumpul guna platform pelaburan ASB Financing.
Setiap tahun ambil dividen untuk pergi travel.
Contoh buat ASBF100K, setahun bayar RM4,692 dan dividen dapat RM4,250.
Ingat, ini belum termasuk kiraan hasil ASBF untuk principal lagi.

Walaupun duit dividen habis digunakan setiap tahun untuk travel, at least nanti anda akan dapat pulangan prinsipal bila terminate ASB Financing.
Kalau layan sampai habis tempoh loan/financing, dapatlah duit persaraan RM100K. Travel dapat, cash pun dapat.

*** Kiraan ilustrasi di atas ialah dari saya sendiri. Tiada kena mengena dengan mana-mana bank dan PNB.
Pengiraan adalah berdasarkan andaian dividen dan bonus ASB 4.25% setiap tahun dan kadar keuntungan bank 3.55%.

#MustakimKadir
#TipsInfoKewangan
#HKGConsultancy

 
Credit : Telegram BIJAK ASB
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!