Saham : Pelabur Vs Pedagang

Pelabur Vs Pedagang
 
1. Pelabur / Investor
 
•Seorang yang konservatif, kurang mengambil risiko, beli saham dan peram untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun.
 
•Mereka ini kurang aktif di dalam pasaran saham dan lebih suka untuk pilih saham berkualiti yang beri dividen.
 
•Berpandangan jauh dan sangat berhati-hati.
 
•Tidak mengapa untuk melabur untuk tempoh yang sedikit lama, asalkan dapat pulangan lebih daripada biasa seperti 6-8% setahun yang biasa dapat dari ASB, Tabung Haji, KWSP dan yang seangkatan dengannya.
 
•Mereka sangat menitikberatkan saham-saham yang mempunyai Fundamental Analysis (FA) yang kukuh.
 
 
2. Pedagang / Trader
 
Pedagang ni pula sangat menekankan kepada Technical Analysis (TA) dan banyak mengkaji carta sesebuah saham selama berhari dan berbulan lamanya.
Pedagang ini ada banyak ‘spesis’. Anda dilarang menjadi seorang trader sekiranya ‘jantung tak kuat’. Berikut adalah jenis-jenis trader:
 
i) Scalper / Momentum Trader
Pernah dengar istilah rempit dalam pelaburan saham? Mereka yang dikenali sebagai Scalper ini sangat licik dan sangat suka ambil risiko.
Mereka merupakan pedagang yang memegang saham untuk jangka masa yang sangat pendek. Beli pukul 11:00, jual 11.30. Beli tengahari, jual petang.
 
ii) Day Trader
Golongan ini pula berdagang untuk sehari lamanya, sebab itu mereka digelar Day Trader. Samada beli pagi dan jual pada sebelah petangnya; atau pun beli petang dan jual pada keesokan harinya.
 
iii) Swing Trader
Seorang Swing Trader pula beli ikut trend. Mereka beli dan simpan untuk beberapa hari, biasanya setelah mencapai sasaran mereka atau jika saham bergerak agak perlahan; mereka akan jual dan tukar kepada saham lain yang boleh memberikan pulangan yang lebih cepat.
 
iv) Position Trader
Bagi Position Trader pula, mereka beli untuk berbulan lamanya – kebiasaannya 3-6 bulan dan kurang daripada setahun. Mereka kurang mengambil risiko berbanding pedagang-pedagang yang lain, dan tidak kisah jika modal ‘tersangkut’ di dalam sesebuah saham untuk jangka masa panjang.
 
Dah tahu jenis mana yang sesuai dengan anda?
 
Tak kisah anda tergolong dalam kategori pelabur yang mana satu, asalkan profit dan berjaya mencapai sasaran pulangan masing-masing.
 
Kredit : FB Serikandi Saham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!