Ketahui Kekuatan dan Kelemahan Setiap Investment Platform

Tiada yang sempurna, semua ada kelebihan dan kelemahan masing2..
 
Semua adalah hamba yang jauh dari kesempurnaan.
 
Saya nak share kali ni ialah pelaburan,
ketahui kekuatan dan kelemahan setiap investment platform.
 
Saham, emas, unit trust, hartanah, dan sebagainya, semua ada kekuatan dan kelemahan masing2.
 
Sesuai tak kalau kita labur dalam emas, tapi harapkan pendapatan bulanan (cashflow) darinya? Sudah tentu tak sesuai kan…
 
Kerana kekuatan sebenar emas ialah
PENYIMPAN NILAI.
 
Dari kita simpan duit kita dalam bentuk cash dalam bank, x bagus kerana ianya terdedah kepada satu beban ekonomi iaitu INFLASI.
 
Jadi simpan duit kita dalam bentuk emas.
 
Apa maksudnya?
 
Emas boleh naik turun dan lebih dari kadar inflasi tahunan.
 
Duit? Duit kita tetap matawangnya RM 10 ialah RM 10. Tapi nilainya yang jatuh..
 
RM 10 tahun lepas tak sama RM 10 tahun ni. Dulu boleh beli 10 bungkus nasi lemak contohnya. Tapi tahun ni dah kurang 8 bungkus.
 
Itu maksudnya nilai duit jatuh kerana kena penyakit wajib setiap tahun iaitu, INFLASI
 
Boleh faham sikit2 kekuatan pelaburan emas sebagai PENYIMPAN NILAI?
 
Tapi jangan terlepas pandang pula kalau dah cukup kadar emas yang kita simpan, Wajib bayar Zakat Emas yer.
 
Untuk pelaburan, tak adil kita katakan yang mana lebih baik dan lemah berbanding lain… Kenapa?
 
Kerana ianya berkait rapat dengan 3 konsep ni:
 
1. OBJEKTIF PELABURAN
2. BEBANAN RISIKO
3. POTENSI PULANGAN.
 
Fokus utama kita buat pelaburan ialah supaya boleh naikkan jumlah duit @ aset, kekayaan yang kita ada sekarang.
 
Apa pun ia, asalkan ada pulangan dan tingkatkan kekayaan, maka ok lah investment tu.. Walaupun naik 1%.
 
Masih lebih baik dari takde naik langsung kekayaan kita.
 
Paling penting ialah, kita fokus dengan apa nak capai, dan mesti sesuai dengan platform pelaburan yang kita masuk..
 
Ada yang tanya saya, ok ke man pelaburan ASB?
 
Saya tanya balik, apa objektif?
 
Kalau bunyi strategi objektif pelaburan nak:
 
1. Free risk investment
2. Low return
3. Kecairan tinggi @ liquiditity ratio
(kalau emergency pakai cash senang)
4. Nak ada force saving
Then, sesuailah…
 
Yang tak bagusnya kalau takde buat pelaburan langsung.. Maka takde peluang lah nak tingkatkan kekayaan (networth) semasa…
 
Tapi kalau nak excited nak pulangan tinggi, then tak sesuailah. Rata2 performance asb beberapa tahun ni agak rendah (below 8%) berbanding platform pelaburan lain.
 
Perniagaan, Hartanah dan Saham sering menerajui carta pulangan pelaburan paling tinggi..mencatatkan pulangan melebihi 100%
 
Namun kena faham, ia digandingkan dengan risikonya yang tersendiri…sampai peringkat boleh total loss.
 
Kerana itulah nature investmentnya.
 
Ada ke yang kaya dengan bisnes?
Ada ke yang untung dengan saham?
Ada ke yang jutawan dengan hartanah?
 
Semua nya ada dan ramai. Sama juga sebaliknya
 
Ada ke yang bankrupt kerana bisnes? Ramai.
 
Ada ke yang hilang duit main saham? Ada
Yang rugi salah beli rumah untuk labur? Amat ramai yang lebur.
 
Kenapa masuk juga? Kerana itulah risiko pelaburan.
 
Kena rezeki baik, tinggilah untungnya. Kalau tak, tenanglah terima kerugian dengan hati yang terbuka pasal kita yang pilih.
 
Baik, disini saya kongsikan sikit strategi pelaburan saya setiap tahun.
 
Contoh pelaburan strategi saya sendiri.
 
Saya tak suka simpan duit cash yang banyak. Akan fokus cari strategi untuk kembangkan ia.
 
Selalunya kalau takde apa, saya akan beli emas. Simpan
 
Saya ada simpan emas dalam RM 50k..
 
Saya tak expect apa2 pulangan dengannya kerana saya faham ianya penyimpan nilai yang steady.
 
Terjumpa satu peluang pelaburan hartanah nak pakai dalam RM 40k.
 
Dengan pulangan 150% = RM 60k
 
Projek kecil2an.. Handsomekan rumah buruk pastu jual balik.
 
So, saya bawak emas tadi gi pajak, dapat cash then gunakan untuk pelaburan hartanah.
 
Ok, upah simpan katalah dalam RM 4500 (11.25% setahun dari nilai pinjaman) dari RM 40k.
 
Jadi dengan potensi untung saya buat:
150% – 11.25% = 138.75%
 
Tapi!!! Kalau sebaliknya, maka saya akan rugi RM 40k = 100% pelaburan saya.. Goodbye..
 
Saya sanggup ke hilang 40k..
 
Sanggup dan faham kerana ianya risiko yang saya ambil.
 
Potensi pulangan =
RM60k – RM 4,500 = RM 55,500
 
Emas pun selamat ditebus balik bila dapat duit dan simpan untuk next projek.
 
Berbaloi? Masing2 decide.
 
Kalau rasa nak pulangan tinggi, fahami potensi risiko yang bakal dihadapi.
 
At the end, tiada betul salah dalam pelaburan. Semua ada kekuatan dan kelemahan tersendiri..
 
Paling penting, paksalah diri cari ilmu dan mentor dalam pelaburan yang nak join tu.
 
Kredit : FB Erman Taib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!