JANGKAAN HARTANAH 2021

 
JANGKAAN HARTANAH 2021
.
1. KUASA MEMBELI SEMAKIN KECIL
Bila ekonomi suram, kuasa membeli semakin mengecil. Orang makin takut membeli dan ada komitmen hutang rumah yang panjang.
.
2. RUMAH MAMPU BELI KURANG.
.
Suku pertama 2020 hanya 21% rumah bawah RM250k. Bagi golongan B40 hanya mampu beli kediaman bawah RM250k sahaja.
.
Kediaman jenis ini paling kurang dibina sedangkan golongan ini adalah 40% penduduk.
.
Purata rumah yang tidak terjual adalah berharga RM589,224.00!
.
3. RUMAH TAK TERJUAL SEMAKIN BANYAK
.
Rumah tak terjual 31,661 bernilai RM20.03 billion meningkat dari tahun 2019 hanya 30,664 kediaman tak terjual. 23.1% hartanah baru lancar tidak terjual.
53.2% hartanah bertingkat tidak terjual
29% rumah teres tidak terjual
12.4% rumah semi-D tidak terjual
1.6% kediaman kos rendah tidak terjual.
Projek dalam pembinaan dan belum terjual adalah 74,230 unit!
Kediaman paling banyak tidak terjual dari harga RM500k-RM700k dengan jumlah overhang 4,144 unit
.
4. PEMAJU SEMAKIN TERTEKAN
.
Semua pemaju mengambil pembiayaan bank untuk bina rumah. Bank hanya beri pembiayaan jika 40% rumah tersebut terjual.
.
Pemaju tawarkan pelbagai skim zero deposit, skim penjawat awam, 1% deposit, cash back, free umrah, free perabot, free parking banyak yang free diberi.
Dari 192,247 unit dilancarkan, 74,230 unit dalam pembinaan belum terjual. Kediaman belum terjual dalam pembinaan dari harga RM300k-RM500k.
Projek yang dah dilancar, belum dibina berjumlah 23,222 unit dan 62.6% belum terjual!
Apakah peluang projek undercond terbengkalai akan besar?
.
5. JANGAN TERBURU MEMBELI
.
Jika kerjaya belum stabil, jangan bina hutang rumah dulu sebab tempoh 30 hingga 35 tahun hutang.
Beli bila dah bersedia dari segi kewangan. Tapi jangan juga buang masa, makin lambat beli juga ada kesan pada faktor usia dan komitmen belanja.
.
6. PASARAN SEKUNDER JUGA TERLEBIH
.
Hartanah ini akan di jual dibawah harga pasaran. Jenis hartanah ini juga mula ada lebihan tidak boleh dijual kembali lebih RM4.0 billion.
.
Pemaju menjual pada harga over value menjadikan golongan pembeli yang ingin jual lepas siap tidak laku!
Jika kediaman yang kita beli banyak sangat dapat duit dan cash back. Bersedialah dengan masalah ini kawan
.
7. PEMBIAYAAN BANK SEMAKIN KETAT
.
Bank akan lebih teliti, pembeli dari golongan kakitangan swasta dan pemaju mencari pekerja gomen yang stabil sebagai pembeli mereka.
Banyak tawaran mengunakan nama Rumah Penjawat Awam jika kita perasan.
Walau tawaran menarik, untuk lepas pembiayaan akan jadi sangat sempit
.
8. POLITIK YANG TIDAK STABIL
.
Orang tidak berani melabur dalam pasaran politik kejap kejap nak tukar Perdana Menteri. Mereka takut polisi berubah dan mereka akan rebah.
Jokowi dan melobi Elon Musk buka perusahaan Tesla di Indonesia. Tesla dijangka sama dengan harga mobil kijang nantinya.
Bangkok tawarkan tapak untuk kereta elektrik yang lebih murah dan space X untuk pelaburan dengan Elon Musk.
Kita masih bergaduh berebut kuasa dan sembah menteri yang dihukum salah.
.
9. NILAI RINGGIT MASIH MENGECIL
.
Matawang kita masih tidak stabil, jangkaan ia akan kekal seperti ini sepanjang tahun.
Buat simpanan emas sedikit buat keluarga kita.
.
10. PELUANG PEKERJAAN KURANG.
.
Sebagaimana langkah kerajaan mengekalkan jumlah kakitangan dengan memaksimumkan tenaga kerja.
.
Begitu juga swasta, mereka akan lebih berhati hati untuk mengambil kakitangan baru dalam pandemik Corona yang belum nampak sinar hujungnya
.
11. SKIM MY DEPOSIT
.
Bagi merancakkan kembali pasaran hartanah skim ini kembali diperkenalkan. Beli hartanah yang betul, bukan hartanah yang kita suka.
.
12. KAJIAN SEMULA PR1MA
.
Kerajan harus mengkaji semula keberkesanan projek PR1MA. Bagaimana Projek Rumah Selangorku dan Rumah Rakyat di Johor lebih murah dari projek PR1MA.
.
Ada negeri yang projek PR1MA tidak selari dengan median gaji penduduk setempat.
Hari ini banyak kediaman PR1MA yang tak terjual dan mula turun harga yang luar biasa.
.
13. PELABUR SEJATI
.
Selagi ada tawaran munasabah dan harga dibawah pasaran, mereka kekal membeli.
Cari hartanah yang tawarkan jualan 20%-30% bawah harga pasaran. Tahun lepas saya dapat beli 45% dibawah harga pasaran.
.
14. SIMPAN DUIT KITA SEBAGAIMANA SURAH YUSOF 44-47.
.
Akan sampai zaman susah, buatlah simpanan sebagaimana saranan Nabi Yusof a.s sebagaimana diceritakan dalam Quran.
.
Apakah kita akan jadi seperti 72% sahaja penyimpan ASB yang hanya ada simpanan RM536.! Sahaja.
 
 
Azizul Azli Ahmad
Pelabur Kecil kecil
 
Kemarau ini akan panjang, bersedialah kawan.
 
#Sumber Data Napic 2020
 
 
Kredit : FB Azizul Azli Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!