Rancang Kewangan Anda dari Muda

 
Rancang Kewangan Anda dari Muda.
 
Sedih mendengar khabaran ramai rakan yang menghadapi masalah kewangan di usia lanjut, sehingga ada yang rumah terpaksa dilelong.
 
Sepatutnya di usia ‘golden years’ kehidupan sudah stabil dan tak perlu memikirkan hal hal kewangan yang berat.
 
Kebanyakan masalah kewangan di penghujung usia kerana gagal membuat perancangan kewangan dari muda.
 
Dari sekolah rendah saya diajar untuk menabung oleh ibu bapa. Dari darjah satu hingga darjah enam saya hanya menerima 10 sen sebagai duit poket kesekolah.
 
5 sen saya belanja di kantin dan 5 sen saya simpan. Semasa darjah enam kami disuruh menunjuk duit simpanan buku pos ofis kepada guru.
 
Saya juara antara rakan-rakan sekelas dengan simpanan 300 ringgit hasil menabung dari kecil.
 
Dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga saya menerima satu ringgit dari ibu. 80 sen digunakan untuk bayaran bas pergi dan balik sekolah.
Dari 20 sen lebihan saya hanya belanja 10 sen di kantin dan 10 sen sebagai simpanan tabung ayam.
 
Dari tingkatan empat hingga lima saya menerima biasiswa kecil Kerajaan Negeri Johor sebanyak 15 ringgit sebulan. 10 ringgit saya simpan dalam pos ofis setiap bulan.
 
Selepas tingkatan lima sebelum berangkat keluar negara untuk belajar saya sudah dapat menyimpan 3000 ringgit. Ianya jumlah yang besar pada zaman tersebut.
 
Apabila saya mula bekerja dengan Kerajaan, gaji hanya $1120 sahaja (zaman tersebut masih guna $ Ringgit).
 
Dengan duit itu saya terpaksa ketepikan duit wajib dibayar setiap bulan seperti berikut:
1. Tambang bas – $100
2. Makanan minum harian – $150
3. Sewa rumah – $150
4. Bil utiliti – $50
4. Hadiah ibu bapa – $200
 
Kesemua $650 memang perbelanjaan wajib setiap bulan. Ini bermakna gaji saya hanya tinggal $470 sebulan. Dari jumlah tersebut saya simpan $300 dan baki $170 untuk pembelian kecil seperti pakaian, buku dll. Jika ada penjimatan saya akan masuk tabung simpanan.
 
Saya mahir urus kewangan sendiri kerana semasa belajar di UK, biasiswa sangat kecil dan perlu disiplinkan diri untuk belanja secara jimat.
 
Apabila saya naik pangkat dalam jawatan serta kenaikan gaji, saya masih berhati-hati menguruskan kewangan dan mula merancang pelan kewangan untuk bersara awal.
 
Alhamdulillah semua pengurusan kewangan berjalan dengan teratur semasa zaman bekerja, walaupun kadangkala ada turun naiknya. Semua ‘mistakes’ menyebabkan saya belajar dan perbaiki diri dari kelemahan tersebut.
 
Saya bukan dari keluarga kaya tetapi alhamdulillah saya boleh bersara dengan bergaya berkat dari usaha dari pelan kemewahan yang dimulakan dari zaman muda.
 
Saya catatkan beberapa tips mudah dari pengalaman sendiri agar boleh dimanfaatkan oleh orang muda yang baru belajar melayari bahtera dilautan kehidupan fana ini.
 
1. Mahirkan diri dalam urusan hal ehwal kewangan dan kawal, kawal serta kawal perbelanjaan.
Anda mesti tahu apa ‘wants’ and ‘needs’ dalam hidup. Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. Buat bajet kewangan mudah agar anda faham mana duit anda patut dibelanjakan setiap bulan.
Always be on top and in control of the financial situation AT ALL TIMES.
 
2. Guna sistem 30:30:30:10.
Dari pendapatan bulanan, cuba agihkan perbelanjaan seperti berikut:
30% – bayaran hutang besar rumah dan kereta.
30% – belanja sara hidup makanan, buku, utiliti dll.
30% – simpanan
10% – tabung travel.
Anda boleh ‘adjust’ sendiri apa peratusan yang sesuai untuk diri dan keluarga anda.
 
3. Tangguhkan pembelian kereta dimana boleh.
Pembelian kereta adalah aset yang merugikan kerana setiap tahun value nya depreciate.
Selama 3 tahun selepas bekerja saya masih menaiki bas untuk ke pejabat dan apabila cukup wang simpanan saya membeli kereta secondhand Peugeot 504 berharga $4500.
Selepas 10 tahun bekerja baru saya beli kereta baru berharga $21,000 dengan pinjaman kerajaan ansuran $300 sebulan.
Bayaran ansuran dan bil petrol saya recoup dari tuntutan perbatuan TnT. Ini bermakna saya tidak keluar apa-apa tambahan kewangan dari bajet asal walaupun dengan pembelian kereta baru.
Seorang staf membeli kereta RM150,000 walhal gaji beliau hanya RM5000 sahaja. Setiap bulan beliau terpaksa bayar RM3000 untuk ansuran kereta dan petrol. Hari hari beliau mengeluh tiada wang kerana nafsu memiliki kereta canggih.
Kalau perlu beli kereta, belilah kereta yang sepadan dengan pendapatan bulanan. Jangan lebur duit dgn pembelian kenderaan mewah.
Ukur baju di badan sendiri dan jangan besar kerak dari nasi.
 
4. Target milik rumah sebelum usia 30.
Jika pembelian rumah di usia muda, bayaran bulanan adalah murah kerana jangka pinjaman yang panjang. Lagi pun tidak rugi beli rumah kerana harga nya akan sentiasa appreciate.
Cari ilmu bagaimana membeli rumah sebagai pelaburan.
 
5. Set Pelan Kemewahan sebelum umur 30.
Saya telah menulis banyak kali berkenaan Pelan Kemewahan ini dan insyaAllah akan kemaskini artikel di post akan datang.
 
6. Rancang dari umor 20’an untuk lupuskan semua hutang bila capai umur 50.
 
7. Rancang untuk mendapat pendapatan bulanan (passive income) minima 80% dari ‘last drawn pay’ apabila bersara.
 
8. Ambil insuran takaful perubatan, pelajaran anak dan simpanan semasa umur 20’an kerana harganya murah ketika usia muda.
 
9. Rancang untuk beli rumah setiap 3-5 tahun. Jual rumah pertama dengan keuntungan dan beli rumah yang lebih berharga untuk tambahan nilai pelaburan.
 
10. Hadiah untuk ibu bapa dan sedekah secara istiqama sebagai satu amalan untuk murah rezki.
 
11. Elak kan diri dan keluarga dari amalan berhutang.
 
12. Jangan masuk skim cepat kaya. Mana2 skim yang menjanjikan pulangan lebih dari 10% besar kemungkinan satu penipuan.
 
13. Kesihatan yg baik pada umor 50 adalah hasil dari cara hidup baik semasa umor 20’an dan 30’an. Riadah dan jaga pemakanan semasa muda.
Tidak guna wang banyak jika anda tidak boleh menggunakannya kerana tidak sihat.
It is only your money if you spend it.
 
 
14. Hidup secara sederhana dan jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Semua manusia ada masalah tersendiri yang tidak diberitahu orang lain.
 
15. Berdisiplin ‘and nothing comes easy unless you are born with a golden spoon’.
 
Wallahu a’lam. Allah knows best.
 
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
 
(Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak).
 
Sumber dari FB Kutuberahak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!